Monday, October 25, 2010

Pewaris Agama

Walaupun masih jauh ketegasanmu berbanding Umar,
Walaupun masih lemah imanmu berbanding Uthman,
Walaupun masih kurang ilmumu berbanding Ali,
Walaupun masih malap kesetiaanmu berbanding Abu Bakr,
dan
Walaupun masih sedikit perjuanganmu berbanding Muhammad..

Janganlah kau gundah,
Janganlah kau melatah,
Janganlah kau berduka,
Janganlah hati kau bergelora..

Kerana,
Di tingkatan darjat Allah, kau tetap tinggi
Di persada jihad Allah, kau tetap mulia
Di lautan takwa Allah, kau tetap terpuji..

Hanya..
Ibadahmu, takwamu, budimu dan pengorbananmu
di Fisabilillah
yang dapat membasahkan rohmu dari jelaga neraka..
Ameen.. Insyallah..

p.s. percaya tak saya yang karang sajak ni? sebab terlalu bosan jaga exam paper yang 50 minit, saya dapat karang dua sajak.. kagum dengan diri sendiri sekejap..

p.s.2. hayatilah maksud sajak ni.. kepada semua kawan2 lelaki dan semua kawan2 perempuan yang ada lelaki dalam hidupnya..

p.s.3. saja type p.s.3 sebab mcm best! hahahahahahaha

2 comments:

FFMS said...

Wow.
You are talented IN SILENCE.

:) Dah lama tak baca blog kamu.
Bila dpt entry mcm ni, rs mcm bersemangat nak pegi keje pagi2 ni.

syitah said...

thank you for visiting!

simpan all your poems tau. nti leh buat buku. natasha hudson pun bleh. kita laaagi boleh!
^__^